Wednesday, 26 April 2017

INTERNSHIP TNBJ





 Hello guys, it been a year that i don't update my blog. Too busy with many activities and work. hahahaha. So my 3rd year end up well and now i only left 2 weeks for internship.

I'm doing my internship at TNB JANAMANJUNG in Boiler Maintenance Section as trainee. I gain a lot of knowledge and experience for 10 weeks and still got 2 weeks to go.

My tips about internship is you need to choose a place that you really love to work. So good luck and all the best. hahaha.

Tomorrow is my presentation for visiting lecturer.  Pray for me yeah! If i have some free time i will tell you guys about what we need when we want to apply place for internship.

Adios. Okey Dokey yo.

Saturday, 19 November 2016

THIRD YEAR IN MECHANICAL ENGINEERING


ASSALAMUALAIKUM AND HYE EVERYONE.


Lama gila tak update blog. hahaha. selalu read je apa yang dah tulis lama2. tuh. Bila buka balik blog. Wow terkejut dah  8282 total page view. Alhamdullilah. heee. Thanks guys.


So basically, tahun ni dah 21 tahun pada 1 OGOS 2016 haritu. Tahun ni punya hari jadi sangatlah mengembirakan hati ni. hahaha. Sebab first time sambut dengan ramai orang. kira diorang yang arrange suprise birthday party. Lepastu Nazhan bagi hadiah dan kitorang keluar all day lah jugak. Thanks Bae and thanks geng kelab integrity. hahaha.


Buruk dan baik punya pengalaman tahun ni banyak lah but don't care lah. Nak positive vibe je.hahaha. sumpah lah busy gila dah third year second semeseter ni. sebab ni subject yang ambik :

  • Principle of Managment
  • Engineer in Society
  • Machine and Design Lab (CAD LAB)
  • Heat transfer
  • Heat transfer Lab
  • Vibration
  • Machine Design Process

Alhamdullilah setakat ni boleh lah lagi bawak semua even busy gila dengan kelab. so sejak sem lepas syaf jadi Bendahari Kelab Debat Bahas BM, Presiden Kelab Integriti, Ahli Emceevengers dan Writers NaDi . Semua kelab bawah UNITEN lah. 


so kalau nak check or usha boleh lah buka link kat bawah nih eh. Like dan baca sekali taw. huhuhu. 



Rasanya tu je kot yang syaf nak update dekat sini. hahaha. Lain kali kalau free syaf update lagi. 


Thanks for reading this.


Wednesday, 8 July 2015

EH! Dah Second Year lah Kita :D



DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG


WoW , memang lama betul dah tinggal blog... hahahahaha..

banyak benda kot yang dah terjadi sepanjang masa yang berlalu.. 

like seriously... People change..

Kadang aku pon tak faham.. 

Diorang buat orang dah terbiasa lepas tu diorang jadi karakter lain plak.. 

oh please ! i really annoy this kind of people..


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


Pasal aku punya pelajaran pulak..

Nak jadi JURUTERA ingat mudah ke?

Bermandi Air mata dan keringat tau tak...

Berapa kali down.. Berapa kali tak ada mood nak study..

Tapi okeylah setakat ni..

setakat nak give up tu biasalah.. lumrah belajar..


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Kisah CINTA..

Ni lagi sedih.. hmmmmm..

Aku seriously memang type yang bila dah sayang gila..

Jadi SENSETIF, OVERPROTECTIVE

Memang lah semua benda tak kena..

Dah kalau Gatal cam lahanat.. Sapa boleh tahan..

Ingat lah sikit.. Time susah dulu sampai dah senang sekarang.. 

Sapa lah yang selalu ada..

Sapa lah yang bila kau mintak tolong..

Tak pernah nak tolak..

Sapa je yang selalu mengalah..

sapa je yang selalu ambik berat pasal kau.. 

Aku pun manusia so hargai aku sementara bersama.

Aku cuma mintak jaga hati je..

Susah sangat ke?

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

OKEY ! so aku buat keputusan nak berubah.

Nak jadi seorang yang lebih baik dan kuat.. 

Orang cakap BE BETTER ! BE STRONGER !

you can do it SYAF :3


PEREMPUAN YANG BAIK UNTUK LELAKI YANG BAIK.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


Ini INSTAGRAM aku > @fikanorshah


silalah follow kalau nak lah.. 

So wish me best of luck for my journey to become an ENGINEER.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Thursday, 29 January 2015

Turner Of Heart




Lama tak menulis.

Mungkin sibuk? Ya sibuk.

Sekarang dah nak habis first year second semester degree.

Banyak benda yang aku lalui sepanjang semester ni.

kadang - kadang rasa nak tersungkur. Jatuh. Nangis. 

hmmmmm

Susah nak meluah. sebab  tak ada yang faham

sebab bila meluah kita yang di persalah

Kita ada Allah. Tahu. 

ceritalah dekat Allah. Tahu.

cuma manusia ni, kadang - kadang dia perlu seseorang jugak untuk meluah.

To be honest

tak tahu apa yang diri sendiri rasa

nampak normal luaran

tapi dalam

aku takut keputusan exam, walaupun dah buat sehabis baik

aku takut dengan parents, takut jadi anak yang tak baik

aku takut dengan Tuhan, sebab banyak dosa aku

aku takut dengan orang yang aku sayang, sebab aku banyak kekurangan

banyak aku fikir

serabut kan?

Harap penantian aku yang 4 tahun kau tak persia

sebab aku tak nak benci kau

sebenarnya aku takut

hahahahaha

takut diri tak kuat

sabar syaf. sabar.

Friday, 24 October 2014

Sang Pedamba Cinta








Jika keluar berdating bersama itu dikatakan cinta, anda salah.

Jika berpegangan tangan berjalan seiringan itu dinamakan cinta, anda silap.

Jika berbual mesra mendayu-dayu itu cinta, anda keliru.

Jika bergambar romantik berdua-duaan sebegitu adalah cinta, anda berdusta.

Jika berasmara dan menyerahkan raga itu ditafsirkan cinta, anda pengkhianat cinta.

Jadi apakah cinta? bagaimana baru dinamakan cinta?

Bila kita menyayangi seseorang yang HALAL buat kita, sanggup bersama-sama saat susah dan senang, dan berusaha membawa orang yang kita sayangi itu ke Syurga bersama-sama kita...
saat itu, baru dinamakan CINTA.

Teorinya mudah, jika apa yang kita lakukan itu tidak membawa kita kepada keredhaan Allah, itu bukan Cinta.
Jika jalan yang membawa kepada cinta itu juga jalan kemurkaan-Nya, itu bukan Cinta.
Saat sah ijab dan kabul, itulah detik permulaan sebuah cerita cinta...
CINTA yang HALAL... insya-Allah




cinta itu tanggungjawab






is it true ? 





p/s : Lepaskan saja jika dia rasa sudah tidak dapat hidup bahagia dengan kita, jangan di paksa, insyaAllah DIA akan ganti dengan orang yang benar-benar dapat menghargaimu nanti. Jangan bersedih terlalu lama, Allah ada untukmu.:')

Thursday, 23 October 2014

Is it hurt ?








Kadang - kadang kita tak sedar. Kita selalu buat orang yang sayangkan kita terluka. Masa mula - mula nak dapat. Punyalah susah. Pernah tak kita hargai orang yang dah buat pilihan untuk bersama kita? Kadang - kadang mungkin sebab ego.

 Kita buta hati. Kita buta mata. Kita pekakkan telinga. Sebab kita rasa orang tu cuma akan dengan  kita. Padahal kita tak sedar. Saat dia, kita lukakan. Ada orang lain yang cuba bahagiakan dia. Mungkin bila sampai saat kita sedar, benda tu dah terlalu terlambat.

Kalau betul kita sayang seseorang , walau sesibuk manapun kita, pasti akan ada masa untuk dia. Sebab apa? Sebab dia penting untuk kita.

Belajar lah hargai. Belajar lah untuk fahami. Belajar untuk meminta maaf. Belajar untuk memuji. Belajar untuk bersabar. Perempuan memang sifatnya perlukan perhatian. Makin lama disakiti makin renggang hubungan tu. Makin kurang kasih sayang.

Jiwa jadi kosong. Perlu perhatian. Lumrah manusia nak disayangi, nak dimanja, nak difahami. Kadang - kadang orang lupa cinta ni sebenarnya tanggungjawab. Well, im scared to say yang kalau sebelum kahwin pon boleh layan macam endah tak endah. how about after marriage?

so if you think you are really tough to face a heart break so live in your love life. Ada je relationship yang okay.. but it need both side to fight. It need prove by action not words. Penat jugak kalau setiap hari nak gaduh. kalau tak pun ada je benda nak dijadikan masalah. Pastu tak ada pulak cara penyelesaian nak selesaikan masalah tu. Pendam lama - lama boleh buat orang jadi parah. So change.

Hidup lah dengan happy. Ada je someone yang boleh buat kau rasa diri kau istimewa walau kau cuma biasa - biasa. Ini cuma pandangan aku jelah. Sorry if it hurts you.

Thursday, 9 October 2014

NORMAL ey?


Alhamdullilah.. Aku dah dapat kerja.. hari ni dah 6 hari aku kerja.. Hmm.. Gaji aku x tanya lah pulak.. My first experience bekerja.. hmm.. Penat Sangat.. Baru tau.. susah jugak kerja camni.. Daripada kerja ni aku dapatlah sikit beberapa pengajaran.. hahahaha.. Ni yang nak share... Harap boleh dijadikan teladan.



Aku kerja kat Kedai Hasil Laut.. Well, aku kena restock barang.. layan customer.. Timbang barang.. Angkat Kotak yang superb berat ( yelah kedai yang aku kerja tak de pekerja lelaki ) .. Itu Normal lah kan.. Tapi yang aku rasa TERASA sikit sebabnya melihatkan perangai Manusia yang macam - macam jenis.. RAMBUT SAMA HITAM TAPI, HATI LAIN - LAIN.. 

1. Ada seorang mak cik ni.. Dia Tanya aku Pasal satu ikan ni.. Aku baru first day kerja.. Manalah tau apa.. So aku tanya kat pekerja lama.. Then Mak cik tu dengan selamba cakap.. " Ni kedai yang kau kerja... x kan x reti apa benda.. nak jawab pun susah" Hello Mak cik.. kalau saya tau.. saya x tanya.. Mak cik pon sama je x tau dengan saya.. Kalau x.. x kan tanya saya kot... Pandai sangat Mengata orang.. Haishhhh... At least cakap elok - elok lah sikit... SABAR.


2.  Aku tengok memang ramai dah yang style minum air kat kedai tu ( air kotak and tin ).. tanpa mintak izin.. Then habis minum buang macam tu je.. Padahal Tong Sampah elok je ada kat tepi.. Bayar bila dah habis beli barang..  Setahu aku beli dulu baru minum.. Diorang guna prinsip apa entah.. ntahpapantah Law kot..


3. Buat customer , x yah lah kerek sangat.. haishhh.. ada patut pandang rendah gila kat pekerja kat tempat camtu.. hari tu ada lagi yang cari pasal.. sembang kencang.. ala - ala hebat.. seolah - olah kitorang lekeh sangat.. sekali aku cakap ni cuti sem.. tgh wat degree in engineering.. terus sengih cam apa.. baru lah nak cakap elok2.. kalau x.. pandang muka kita pon x hingin.. RACIST !


4. Paling aku tak suka.. tanya banyak.. tapi x beli..  banding dengan kedai sebelah.. Abang, Akak, Pak cik, Mak cik and segala lah.. Meniaga ni.. macam - macam cara nak tarik pelanggan.. x nak beli sudah.. jangan complain banyak.. haishhh... nak semua benda free.. Dalam dunia ada benda free.. Ni UDARA yang kita sedut.. ALLAH bagi free.. NYAWA kita.. ALLAH bagi free.. kalau barang2 kat kedai bagi free.. hmmm.. x tau lah nak comment apa.. Manusia.. Majikan i pon mecari rezeki.. ada je benda dia bagi free.. RM30 ke atas. pastu siap bagi discount untuk setiap barang.. tu pon x bersyukur..


5. Merokok.. ok fine ... Hak kome nak isap.. tapi x yah lah sampai dalam kedai pon nak isap.. Hormat lah orang lain yang x merokok ni.. hormat orang keliling.. Dah lah merokok satu hal.. Then kau buang puting rokok atas lantai dalam kedai.. then pijak2 camtu.. mana MANNER?? haissshhh.. STOP IT.. CHANGE IT..

Rasanya tu jelah apa yang aku boleh nak huraikan pasal pengalaman aku bekerja,, Penat tapi lepak...  hahahahaha.. AT least x stress macam belajar MECHI.. 


P/S : kadang - kadang dugaan macam ni buat aku sedar.. yang aku pon patut jadi baik.. CHANGE for BETTER.. BEING GOOD IS NOT A CRIME.. Aku sedang usaha kembali kepada FITRAH.. slow - slow berubah.. Biar ISTIQAMAH.. jangan MENGGELABAH..