PERANAN ANAK YANG LEBIH DEWASA

ASSALAMUALAIKUM.

Moga ALLAH permudahkan urusan orang yang membaca penulisan ini. Terima kasih untuk sokongan anda. Heeeee.

Untuk entry post kali ini Syaf decide untuk tulis pasal ni. Syaf anak ke-2 dari 5 orang adik beradik. Jarak umur antara adik beradik syaf ialah 3 Tahun.

  • Along - 1992
  • Angah - 1995 (syaf)
  • Acik - 1998
  • Ateh - 2001
  • Adik - 2004
Selalu kita dengar "tips parenting" ni untuk ibu bapa je kan. Jadi hari ni Syaf cuma nak share sikit lah macam mana peranan kita sebagai adik beradik yang lebih dewasa dalam membentuk atau "guide' adik2 kita yang lebih muda.

Macam Syaf sendiri memang rapat dengan adik2 bawah Syaf. Jadi bila Syaf nak kena pergi mana2, ada masa Syaf akan bawak adik Syaf. Syaf selalu baca "tips parenting" dari instagram Dr. Sheikh Muszapar Shukor tapi memandangkan Syaf tak kawin lagi, Syaf apply benda ni pada adik2 Syaf.

Parents Syaf lahir 1966 dan adik bongsu Syaf lahir 2004. Can u imagine the gap is 38 years?
Jadi mestilah cara nak "handle dan "tackle" adik Syaf ni lain macam sikit. Bila Syaf ada kat rumah dan mama Syaf kadang2 mengadu adik Syaf ni susah nak terima nasihat ke apa, selalunya Syaf akan buat 3 benda.

Yang pertama, Syaf akan bagitau Mama untuk 'stay calm and let me handle that" untuk cari punca kenapa adik syaf jadi macam tu. Yang Kedua Syaf akan ada long ride dengan adik Syaf, masa ni syaf akan tanya lah: apa punca, kenapa buat macam tu, ada terasa hati ke, apa yang boleh diperbaiki dan lain2 lah. Jadi bila dah tahu punca, Syaf akan cuba nasihat adik Syaf ni untuk lebih memahami apa yang parents Syaf nak, kenapa diorang buat macam tu dan "explain" pada dia dengan nada yang lembut, puji dia sikit sambil pegang tangan dia. Yang ketiga, Syaf akan bagitau mama Syaf apa yang adik Syaf rasa dan macam mana cara yang perlu mama Syaf "react" untuk situasi macam ni.

Bagi Syaf adik2 ni jiwa diorang lembut, diorang ni generasi yang perlu perhatian. Kita sebangai yang lebih dewasa cuba dekati dan faham perasaan diorang. Kalau kena pada cara, InshaaAllah positif lah kesannya. Selain dari adik bongsu, Syaf apply ni pada adik2 Syaf yang lain jugak. Hahaha. Alhamdullilah setakat ni semua berkesan.

Semua anak2 ni lahir dari fitrah yang suci dan bersih, macam mana kita nak didik dan lentur diorang jadi baik. Didiklah dengan tutur kata yang baik dan tunjukkan contoh yang baik. Jangan bagi kritikan yang negatif tapi tukarkan kepada dorongan yang positif.

Okay itu saja entry Syaf untuk kali ini. Moga ada sedikit manafaat buat yang membaca. 


Regards,

Syaf 💓

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

UNITEN ( PUTRAJAYA) PART 2

CHORD PIANO - MAAFKAN AKU

CHORD PIANO - SETIA HUJUNG NYAWA