Fikanorshah Travel EP1: MACAM MANA TERJEBAK ?

Assalamualaikum,


Apa khabar semua ? Kembali pada isu yang memang Syaf nak kongsi iaitu pasal TRAVEL.

Jadi macam mana Syaf boleh terjebak dengan hobi dan passion ni?

Ceritanya macam ni :

Masa 2017 tu Syaf start Diet dan Exercise masa tengah buat Internship kat TNB Janamanjung. Masa tu nak diet sebab nak ada perubahan sebelum habis degree. So Syaf dapat turun kan berat almost 20 kg. So berat dalam 40kg++ time tu.

Jadi untuk bagi reward pada diri sendiri Syaf kumpul duit dengan kerja part time masa 4th Year 1st Sem dan 4th Year 2nd Sem. Memang struggle sebab penat. Nak study nak jaga makan nak kumpul duit. So first time tu masa birthday Syaf bulan 8 2017. Syaf rasa mcm nak p negara lain. So Syaf ajak lah Husna dan Husna ajak Aidil. Kami 3 org ni group sekali untuk project Capstone ke MDP entah. Tak ingat. Jadi untuk try error tanpa fikir panjang, Syaf buat Passport masa birthday.

Lepas tu balik rumah terus cari kot ada package yang murah. Jadi decide nak cuba pergi Singapore makan Murtabak, Jadi bulan 8 2017 tu seorang Nur Syafiqah Binti Norshah berjaya menjejakkan kaki ke Negara Orang dengan hasil titik peluh sendiri dan oh ya terima kasih MARA sebab MARA punya duit I tak risau pasal makan sepanjang kerja. I kerja part time cuma untuk kumpul duit pergi Travel je.

Okay tu saja untuk entry yang pertama ini. Berjumpa kita pada entry seterusnya. Nanti Syaf kongsi macam mana pergi Singapore time dengan preparation.


Terima kasih sebab baca.💕💕


 Syaf ❤

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

UNITEN ( PUTRAJAYA) PART 2

CHORD PIANO - MAAFKAN AKU

CHORD PIANO - SETIA HUJUNG NYAWA